Rabu, 12 Mei 2010

PROJEK BANGLO 01 : Uncle T





Berikut adalah sebahagian gambar dan pelan bagi projek banglo yang kami pernah terlibat. Ini sebagai bukti pengalaman pihak kami serta boleh menjadi rujukan kepada anda.

(namun atas sebab 'privacy' dan keselamatan bekas klien kami, nama klien dan lokasi binaan dirahsiakan : kang ada orang xbertanggungjawab guna utk info mencuri lak. naya lak klien kami)

Projek Banglo No.1 : Uncle T.

1. Client : mempunyai budjet RM3-400,000. Lot tanah sebanyak 2 lot yang mana setiap lot adalah seluas 4000 kaki persegi. belakang rumah Uncle T adalah tepi tasik dengan pemandangan yang cukup cantik.

2. Rekabentuk : dua faktor utama dinyatakan oleh Uncle T. Pertama Kos : tidak boleh melebihi RM400,000 dan Kedua : pelan hendaklah dipandukan dgn 'Feng-Sui'.

Proses Rekabentuk.
- dengan perbincangan awal, saya dapati klien nak kemasan bangunan yg mahal (lantai granit, marble, cermin tinted, pintu kayu keras gred A dll. Jadi saya anggarkan kos binaan dlm RM110 -120kaki persegi) jadi senang saya mulakan rekabentuk dengan jumlah ruang dan bilik yang beliau mahukan.
- yang saya tak biasa, ialah penggunaan 'feng-sui'. Ini adalah kali pertama saya menggunakan undang-undang tersebut. Uncle T telah beri kepada saya pelan 'Feng-sui' daripada masternya (Chee fu). Pelan rekabentuk pertama saya rabak trus, tak boleh pakai. Segala kolam dan landskap air yang saya sediakan semuanya ditolak. Kata Chee-fu, elemen air yang saya reka (walaupun cantik dan 'celebrate' kolam kat belakang rumah, tidak 'ong' untuk tuan rumah.
- dah tu nak wat camne... kene le pakcik ikut. Juga orientasi banglonya kene 'adjust' ikut bearing kompas 26degree. Kalu tak nanti 'Pak Chee' (panah beracun) kene tuan rumah,...bahaya. Ikut je leeee pakcik.... Tapi dapat la gak belajar benda baru.

Wokey.... to be continued....(panjang lagi cter nih....)

SKOP KERJA SCUDesign Sdn Bhd

Berpengalaman luas dlm pelbagai jenis projek pembinaan di KL (95-97) & di Terengganu (1999 – skrg). Menyediakan skop kerja menyeluruh, (complete) utk segala keperluan anda dlm bidang pembinaan seperti :

a) rekabentuk :

merekabentuk segala jenis bangunan banglo, teres, rumah kedai dll, landskap, hiasan dalaman, rekaan perabut kabinet dapur, 'walk-in' kabinet, landskap & renovasi.

b) Kos

menyediakan anggaran awal kos pembinaan, memantau kos semasa pembinaan dan spesifikasi bahan binaan (dari awal rekabentuk anda inginkan - dgn pemantauan kos sekali)

c) Pembinaan

mempunyai kepala tukang (Manager Pembinaan) yang berpengalaman luas dan sub-sub kontraktor yang berkenaan bagi kesemua aspek kerja-kerja pembinaan bangunan anda. Juga mempunyai bengkel2 'in-house' bagi segala kerja pertukangan kayu dan besi.

d) kelulusan

mempunyai ‘in-house professionals’ seperti arkitek, jurutera, jurukur bahan dan peguam bagi menyelesaikan segala keperluan teknikal, kontrak, perundangan dgn pihak berkuasa bg mendapat kelulusan dll,

Rabu, 5 Mei 2010

PENGALAMAN KERJA PENGARAH SCUDesign Sdn Bhd

Berikut pula adalah sebahagian pengalaman kerja bagi projek-projek pembinaan yang pernah Pengarah Urusan kami terlibat :

FAU ARCHITECT

1. Membina dan menyiapkan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk Angkatan Tentera Malaysia (Fasa 1)

ZNZ ARCHITECT

1. Membina dan Menyiapkan Markas Briged & Komponen Briged Ke 7, di Skudai untuk Angkatan Tentera Malaysia (RM 276 juta)

ARKITEK WAN JEFRI

1. Menyediakan Masterplan bagi Kolej Universiti Terengganu KUSTEM

2. Membina & Menyiapkan 10 Blok Hostel KUSTEM, Kuala Terengganu

3. Membina & menyiapkan Pusat Pelajar di KUSTEM, Kuala Terengganu

4. Membina & Menyiapkan 94 Unit Banglo di Gong Badak 5, Kuala Terengganu untuk Perbadanan Memajukan Ikthisad Negeri Terengganu.

5. Membina & Menyiapkan Pusat Sains Negeri Terengganu di Kubang Ikan untuk Kerajaan Negeri Terengganu

6. Membina & Menyiapkan Kompleks Membeli Belah Mesra Mall di Mukim Paka, Daerah Dungun untuk KLCC Mall

7. Membina & Menyiapkan Hotel FELDA di Kuala Terengganu untuk Felda Holding Bhd

CHEWAN ARCHITECT & PARTNERS SDN. BHD.

1. Membina & Menyiapkan Pasar Baru Kedai Buloh, Kuala Terengganu untuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (RM 8.9 juta)

2. Membina & Menyiapkan Parcel C, Kompleks Sukan di Kaw. Pembangunan Taman Ilmu, Bukit Keluang/Dendong, Mukim Tembila, Daerah Besut untuk Kerajaan Negeri Terengganu (RM 34 juta)

3. Cadangan Membina Terminal Agro (Pasar Borong Negeri) Terengganu, Mukim Bukit Payung/Alur Limbat, Daerah Marang untuk Kerajaan Negeri Terengganu (RM 40 juta)

4. Cadangan Membina Satu Blok 10 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat untuk tetuan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

5. Cadangan Naiktaraf Terminal Pengangkutan Bas Kuala Terengganu untuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

6. Cadangan Rekabentuk Hospital Daerah Marang secara Design & Built.

7. Cadangan Merekabentuk Dataran Kuala Terengganu untuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

8. Cadangan Merekabentuk Satu Blok 4 Tingkat Kedai Pejabat di Jalan Paka, Daerah Dungun untuk Majlis Daerah Dungun.

9. Cadangan Kerja Menaiktaraf Bangunan Pentadbiran, Kejuruteraan, Kantin & Surau di Mukim Kerteh, Daerah Kemaman untuk MSET Engineering Sdn Bhd.

10.Cadagan Pembangunan Pulau Che Wan Dagang, Daerah Kemaman

11.Cadangan Pelan Pembangunan Industri Marin di Pesisir Pantai Daerah Marang, Negeri Terengganu untuk tetuan Crucial (M) Sdn Bhd.

12.Kerja Naiktaraf Pejabat Crucial (M) Sdn.Bhd di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu

13.Cadangan Pembangunan Ladang Ternakan Kambing di Mukim Tersat, Daerah Hulu Terengganu & Mukim Telaga Papan, Daerah Setiu untuk ECER.

14.Cadangan Pembinanan Pejabat Daerah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Kuala Terengganu, di Kuala Terengganu secara Reka & Bina untuk Tetuan Essenvest Sdn.Bhd.

BIODATA PENGARAH SCUDesign Sdn Bhd

Berikut adalah Biodata / 'Curriculum Vitae' Pengarah Urusan kami :

Nama: MOHD SHAHRER BIN MOHD ZIN

Date of Birth: 2nd November 1972

Place of Birth: Kuala Terengganu, Terengganu

Nationality: Malaysian

Marital Status: Married

Award: 2nd Lieutenant, Regimen Askar Wataniah 502

Address: No.29B, Tingkat 3, Wisma Awang Chik

Jalan Sultan Mahmud, 20400 K.Trg,

Terengganu Darul Iman


KELAYAKAN AKADEMIK :

DEGREE YEAR INSTITUTION

SPM 1985 Sek.Men.Sains Dungun

Diploma of Architecture 1994 Institut Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor

Bachelor of Architecture (Hons.) 1999 Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor


AHLI BADAN PROFESIONAL

1. Graduate Architect Member Boards of Architects Malaysia (Lembaga Arkitek Malaysia) LAM (AG/M 438)


PERSATUAN

1. Persatuan Arkitek Malaysia (PAM)

2. Member of SMSD Alumni

3. Alumni PALAPES UiTM


PENGALAMAN PROFESIONAL

TAHUN JAWATAN FIRMA

1994 – 1995 : Technical Assistant FAU Architect, Kuala Lumpur.

1996 – 1997 : Technical Assistant ZNZ Architect, Kuala Lumpur.

1999 – 2005 : Project Architect Arkitek Wan Jefri, Kuala Terengganu.

2005 – 2009 : Associate Architect Chewan Architects & Partners Sdn.Bhd, Kuala Terengganu.

2009 – Currently Associate Architect Zain Hamzah Architect, Kuala Terengganu.

Currently General Manager of SCUDesign Sdn Bhd, Kuala Terengganu.


SALAM PENGENALAN

Salam dan selamat sejahtera kepada anda.


Blog ini disediakan untuk anda yang berminat melantik SCUDesign Sdn. Bhd. (SSB) sebagai konsultan / designer / kontraktor bagi projek binaan anda.


Sila teliti kerja yang telah kami terlibat sehingga hari ini blog ini. Juga kami sertakan beberapa nasihat dan tips sebelum anda memulakan perjalanan anda dalam membina sesuatu struktur bangunan sebagai panduan asas.


Tidak kira sama ada projek pembinaan anda itu besar atau pun kecil, jika anda tiada apa-apa perancangan (@ panduan yg betul), maka anda sebenarnya merancang untuk kegagalan.


Kami bersedia memberi nasihat percuma (bagi sesi perjumpaan pertama). Namun begitu, kami hanya menumpukan kerja di dalam Negeri Terengganu Darul Iman sahaja buat masa sekarang.
terima kasih.


Mohd Shahrer Mohd Zin

Pengarah Urusan,

SCUDesign Sdn. Bhd.