Rabu, 12 Mei 2010

PROJEK BANGLO 01 : Uncle T





Berikut adalah sebahagian gambar dan pelan bagi projek banglo yang kami pernah terlibat. Ini sebagai bukti pengalaman pihak kami serta boleh menjadi rujukan kepada anda.

(namun atas sebab 'privacy' dan keselamatan bekas klien kami, nama klien dan lokasi binaan dirahsiakan : kang ada orang xbertanggungjawab guna utk info mencuri lak. naya lak klien kami)

Projek Banglo No.1 : Uncle T.

1. Client : mempunyai budjet RM3-400,000. Lot tanah sebanyak 2 lot yang mana setiap lot adalah seluas 4000 kaki persegi. belakang rumah Uncle T adalah tepi tasik dengan pemandangan yang cukup cantik.

2. Rekabentuk : dua faktor utama dinyatakan oleh Uncle T. Pertama Kos : tidak boleh melebihi RM400,000 dan Kedua : pelan hendaklah dipandukan dgn 'Feng-Sui'.

Proses Rekabentuk.
- dengan perbincangan awal, saya dapati klien nak kemasan bangunan yg mahal (lantai granit, marble, cermin tinted, pintu kayu keras gred A dll. Jadi saya anggarkan kos binaan dlm RM110 -120kaki persegi) jadi senang saya mulakan rekabentuk dengan jumlah ruang dan bilik yang beliau mahukan.
- yang saya tak biasa, ialah penggunaan 'feng-sui'. Ini adalah kali pertama saya menggunakan undang-undang tersebut. Uncle T telah beri kepada saya pelan 'Feng-sui' daripada masternya (Chee fu). Pelan rekabentuk pertama saya rabak trus, tak boleh pakai. Segala kolam dan landskap air yang saya sediakan semuanya ditolak. Kata Chee-fu, elemen air yang saya reka (walaupun cantik dan 'celebrate' kolam kat belakang rumah, tidak 'ong' untuk tuan rumah.
- dah tu nak wat camne... kene le pakcik ikut. Juga orientasi banglonya kene 'adjust' ikut bearing kompas 26degree. Kalu tak nanti 'Pak Chee' (panah beracun) kene tuan rumah,...bahaya. Ikut je leeee pakcik.... Tapi dapat la gak belajar benda baru.

Wokey.... to be continued....(panjang lagi cter nih....)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam, sila tinggalkan no tel/hp/email dan saya akan hubungi anda seterusnya.
Perbincangan kali pertama adalah PERCUMA dan anda tiada apa-apa obligasi untuk anda melantik kami. Kami akan menolong memberi nasihat dan tips teknikal sebaik mungkin. Terima Kasih